Pemasaran Facebook ialah proses menggunakan alat Facebook seperti Page, iklan, kandungan dan analitik untuk mempromosikan perniagaan, melibatkan audiens dan mendorong penukaran. Pada tahun 2026, facebook marketing yang berkesan bermula dengan menyediakan Facebook Page dan akaun iklan, diikuti dengan strategi facebook marketing yang jelas merangkumi penetapan matlamat, sasaran audiens, perancangan kandungan dan bajet. Perniagaan yang berjaya sentiasa menilai prestasi, berinteraksi dengan audiens serta menggunakan Meta Business Suite, Ads Manager dan alat berasaskan AI untuk meningkatkan hasil.
Table of Contents
Walaupun platform berfokus video seperti TikTok cepat tarik perhatian, Facebook masih jadi platform pemasaran yang sangat penting untuk bisnes di Malaysia pada tahun 2025.
Menurut data Facebook oleh NapoleonCat (Disember 2025), Malaysia mempunyai kira-kira 31.84 juta pengguna Facebook, hampir 90% daripada jumlah penduduk. Ini menjadikan Facebook antara platform paling mudah dan paling berkesan untuk capai audiens tempatan.
Dari segi demografi, golongan umur 25–34 tahun adalah pengguna paling ramai, diikuti oleh 18–24 dan 35–44. Kebanyakan mereka ialah golongan bekerja, ada kuasa beli, dan masih aktif guna Facebook untuk cari cadangan, komuniti, dan jenama baharu.

Paling penting, pemasaran facebook tak perlukan bajet besar. Dengan jumlah pengguna tempatan yang tinggi dan fungsi targeting yang tepat, Facebook kekal sebagai saluran yang jimat kos untuk SME dan jenama di Malaysia menjana leads dan ROI yang boleh diukur pada tahun 2025.
Apa Itu Pemasaran Facebook?
Pemasaran Facebook ialah penggunaan semua fungsi dan tools di Facebook untuk mempromosikan bisnes, jenama, produk atau servis. Ia membantu bisnes capai audiens sasaran, tingkatkan engagement, jana leads dan tingkatkan jualan melalui gabungan konten organik dan iklan berbayar.
Pemasaran facebook merangkumi pelbagai strategi, termasuk:
- Post Facebook secara organik (teks, gambar dan video)
- Konten berbayar atau boosted post, termasuk Facebook Ads
- Facebook Reels, Stories dan Live video
- Facebook Pages dan Groups untuk bina komuniti
- Iklan Messenger, chatbot dan auto-reply
- Influencer marketing dan konten daripada pengguna (UGC)
- Facebook Shops dan Marketplace
- Facebook Events dan kempen promosi khas
Cara Setup Facebook untuk Bisnes
Nak mula buat pemasaran Facebook? Step pertama, buat Facebook Page dulu. Page ini ibarat “kedai online” anda di Facebook. Orang boleh follow, tengok konten, dan kenal bisnes anda.
Bila ada Page, barulah anda boleh guna Facebook Ads dan data audience.
Setup asas yang perlu ada:
- Buat Facebook Page
- Verify Page
- Buka akaun Facebook Ads
Siap semua ini, barulah bisnes anda betul-betul ready untuk jalan dan scale di Facebook.
Cara Buat Facebook Page untuk Bisnes
Untuk buat Facebook Page bisnes, guna akaun Facebook peribadi anda. Log masuk Facebook, klik menu di kanan atas dan pilih Pages.

Klik Create Page, masukkan nama bisnes, pilih kategori yang sesuai dan tulis penerangan ringkas. Lepas siap, klik Create Page dan Page anda akan terus live.

Selepas itu, lengkapkan Page dengan nombor telefon, website, waktu operasi serta gambar profile dan cover. Anda juga boleh sambungkan Instagram, tambah admin dan kemaskan setting supaya Page nampak lebih profesional dan senang diurus.
Sahkan Facebook Page Anda Pilihan
Verifikasi Facebook Page boleh bantu bina kepercayaan. Bila Page disahkan, akan ada tanda biru di sebelah nama Page dan ini buat orang lebih yakin yang Page itu rasmi.
Biasanya, Page perlu mewakili jenama atau bisnes yang sudah dikenali untuk layak dapat verification. Kalau bisnes anda masih baru atau belum popular, anda boleh guna pilihan lain iaitu Meta Verified.
Meta Verified ialah langganan berbayar yang beri lencana verified untuk Facebook, Instagram dan WhatsApp. Ia juga datang dengan perlindungan akaun palsu, sokongan Meta dan beberapa fungsi tambahan untuk bantu Page anda lebih mudah ditemui.

Buka Akaun Facebook Ads
Walaupun belum nak pasang iklan sekarang, elok buka akaun Facebook Ads awal awal supaya semuanya siap bila anda nak mula.
Log masuk Facebook guna akaun yang ada akses admin pada Page, kemudian pergi ke Meta Ads Manager. Sebelum jalankan iklan, masukkan maklumat bisnes dan kaedah bayaran.

Anda juga boleh buat setup ini melalui Meta Business Suite. Pergi ke Settings, pilih Billing and payments, dan semak akaun iklan anda di situ. Lengkapkan maklumat yang diminta dan tambah payment method. Bila semua dah siap dan disahkan, akaun iklan anda sudah sedia digunakan.

Tak pasti nak mula Facebook Ads dari mana? Panduan langkah demi langkah boleh bantu anda faham asasnya.
Cara Bina Strategi Pemasaran Facebook dalam 8 Langkah Mudah
1. Tetapkan Matlamat Pemasaran Facebook
Sebelum guna Facebook untuk bisnes, anda kena jelas dulu apa yang nak dicapai. Bila ada matlamat, senang nak rancang konten dan ukur hasil.
Tanya diri sendiri, Facebook nak bantu bisnes anda dari segi apa:
- Tingkatkan jenama dikenali
- Tambah followers
- Naikkan jualan online atau di kedai
- Dapatkan leads
- Bina komuniti
Tak ada betul atau salah. Pilih satu matlamat yang sesuai dengan bisnes anda dan jadikan ia panduan untuk semua konten dan iklan Facebook anda.
2. Kenal Pasti Audiens Anda
Sebelum post di Facebook, anda kena tahu siapa yang anda nak capai. Fikirkan siapa pelanggan ideal anda dan apa yang mereka nak tengok bila scroll Facebook.
Pemasaran Facebook yang berkesan fokus pada audiens, bukan sekadar apa yang kita nak post. Bila konten ikut minat mereka, engagement akan jadi lebih tinggi.
Untuk asas, tanya soalan ini:
- Umur mereka berapa
- Tinggal di mana
- Kerja apa terutama untuk bisnes B2B
- Masalah apa yang mereka hadapi dan macam mana anda boleh bantu
- Biasanya mereka buka Facebook waktu bila

Kalau anda dah ada followers, anda boleh semak Audience Insights dalam Meta Business Suite. Tengok sama ada data itu sepadan dengan audiens yang anda sasarkan. Kalau tak, ubah konten dan teruskan test.
Fahami audiens juga sangat penting bila mula buat Facebook Ads kerana ia bantu targeting jadi lebih tepat dan hasil iklan lebih baik.
3. Bina Strategi Konten Facebook
Strategi konten Facebook tak perlu rumit. Buat yang ringkas dan fleksibel. Kalau satu jenis post tak jalan, cuba yang lain. Yang penting, anda tahu kenapa anda post, bukan post secara rawak.
Mula dengan pastikan konten ikut identiti jenama anda seperti warna, gaya design dan cara bercakap. Lepas itu, fikirkan konten apa yang audiens anda suka tengok seperti tips, update, promosi atau cerita belakang tabir.
Untuk mudahkan perancangan, bahagikan post kepada beberapa kumpulan konten. Contohnya:
- Konten tips atau pendidikan
- Update syarikat
- Review atau testimoni pelanggan
- Produk baharu atau promosi
Cuba kekalkan keseimbangan. Kebanyakan post patut beri nilai atau menarik, dan hanya sebahagian saja fokus jualan.
Gunakan campuran jenis post seperti teks, gambar, video, Reels dan Stories. Kebanyakannya boleh post di Facebook Page, tapi anda juga boleh guna Groups, Live video atau Events.
Bila ada pelan yang ringkas, konten Facebook jadi lebih senang diurus dan lebih menarik dalam jangka panjang.
4. Post pada Waktu yang Betul
Lepas tentukan apa nak post, masa post pun sangat penting. Post pada waktu yang betul boleh buat lebih ramai orang nampak dan engage dengan konten anda.
Guna Audience Insights untuk tengok bila audiens anda paling aktif di Facebook. Secara umum, banyak kajian tunjuk sekitar jam 9 pagi dari Rabu sampai Sabtu selalunya beri hasil yang baik.
Tapi ini cuma panduan asas. Setiap audiens berbeza. Cuba post pada masa yang berlainan dan tengok mana yang dapat paling banyak like, komen dan share. Lama lama, anda akan tahu waktu terbaik untuk Page anda.
5. Tetapkan Bajet Pemasaran Facebook
Bajet Facebook marketing bergantung pada matlamat bisnes dan kemampuan anda. Di Malaysia, ramai bisnes kecil mula dengan RM500 hingga RM1,500 sebulan untuk test iklan dan tengok apa yang berkesan.
Anda boleh kawal bajet dengan tetapkan had harian atau bulanan. Iklan juga boleh ubah atau hentikan bila bila masa. Walaupun bajet kecil, iklan masih boleh jalan dengan baik asalkan targeting betul.
6. Berinteraksi Dengan Audiens
Pemasaran Facebook bukan sekadar post konten saja. Ia tentang berkomunikasi dengan orang. Untuk besarkan audiens dan galakkan tindakan, anda perlu balas komen, mesej dan soalan secara konsisten.
Luangkan sedikit masa setiap hari untuk reply komen dan mesej. Buang spam bila perlu. Ini bantu bina kepercayaan dan tunjukkan bisnes anda aktif serta mudah dihubungi.
7. Kembangkan Pemasaran Facebook Dengan AI dan Tools
Bila aktiviti Facebook makin bertambah, balas semua mesej secara manual boleh makan banyak masa. Di sinilah AI dan automation boleh bantu.
Salah satu cara yang berguna ialah guna chatbot Facebook Messenger. Ramai orang mesej bisnes di Facebook setiap minggu, dan chatbot boleh bantu jawab soalan biasa, kumpul leads dan balas dengan lebih cepat tanpa kerja tambahan.

Facebook juga sediakan tools percuma melalui Meta untuk set auto reply asas. Ini mudahkan anda layan pelanggan dan terima pertanyaan walaupun anda sedang offline.
8. Semak Prestasi Secara Berkala
Strategi Facebook marketing akan berubah dari masa ke masa, jadi penting untuk semak apa yang jalan dan apa yang tak. Bila anda review hasil, senang untuk buat keputusan yang lebih baik.
Mulakan dengan semak analytics Facebook secara berkala untuk tengok prestasi post anda. Audit ringkas boleh termasuk:
- Senarai semua akaun media sosial dan pastikan masih relevan
- Semak branding seperti gambar profile, cover dan visual
- Tengok konten mana yang dapat engagement paling tinggi
Dari sini, anda boleh faham apa yang audiens suka dan apa yang perlu diperbaiki. Bila buat semakan secara konsisten, pemasaran Facebook anda akan jadi lebih berkesan dari masa ke masa.
4 Tools untuk Pemasaran Facebook
Untuk urus pemasaran Facebook dengan lebih senang, guna gabungan tools Facebook sendiri dan tools luar memang sangat membantu.
Berikut empat tools yang biasa digunakan:
1. Meta Business Suite
Tool utama Facebook untuk jadualkan post, balas mesej, semak Insights dan urus Facebook serta Instagram dalam satu tempat.
2. Facebook Ads Manager
Tool utama untuk buat dan urus Facebook Ads. Anda boleh set bajet, target audiens dan semak prestasi iklan di sini.

3. Canva
Tool design yang mudah untuk buat gambar, video dan Stories untuk post atau iklan, walaupun anda bukan designer.

4. Hootsuite, Buffer atau Sprout Social
Tool pihak ketiga untuk jadualkan konten, urus engagement dan analisis prestasi di pelbagai platform media sosial.
Guna tools yang betul boleh jimat masa, kemaskan konten dan mudahkan pengurusan Facebook marketing bila bisnes anda makin berkembang.
Bawa Pemasaran Facebook Anda ke Tahap Seterusnya
Sekarang anda dah faham cara pemasaran Facebook berfungsi, inilah masa untuk mula guna untuk bisnes anda. Kalau belum ada Facebook Page, buat satu dan mula kongsi konten untuk capai bakal pelanggan.
Kalau bisnes masih baru, mulakan dengan post organik untuk bina awareness dan engagement. Bila bisnes mula berkembang, barulah cuba Facebook Ads untuk capai lebih ramai orang dan retarget mereka yang dah pernah interact dengan jenama anda.
Anda juga boleh gabungkan Facebook dengan channel lain seperti email supaya pengalaman audiens lebih konsisten.
Kalau anda nak sokongan profesional, Duplex Ventures boleh bantu rancang, urus dan kembangkan social media marketing anda daripada strategi konten sampai Facebook Ads supaya anda boleh fokus jalankan bisnes.
Nak Kembangkan Jenama Anda di Facebook?
Soalan Lazim
Adakah pemasaran Facebook sama dengan pemasaran media sosial?
Tidak sepenuhnya. Pemasaran Facebook fokus pada ekosistem Facebook.
Adakah pemasaran Facebook masih berkesan pada 2026?
Ya, terutama apabila digabungkan dengan kandungan, iklan dan penukaran.
Berapa lama untuk lihat hasil?
Sebahagian hasil muncul dalam beberapa hari, tetapi pertumbuhan stabil memerlukan masa.
Perlu iklan untuk pemasaran Facebook?
Untuk skala dan konsistensi, iklan biasanya diperlukan.
Adakah SME sesuai menggunakan pemasaran Facebook?
Sangat sesuai jika strategi betul.
Nak tahu lebih? Lawati laman kami untuk info lanjut.
Baca juga:
- Apa itu Pemasaran Digital? Panduan untuk Bisnes di Malaysia
- 8 Alat Pengurusan Media Sosial Terbaik Pada 2026
- Apa Itu Iklan Facebook dan Bagaimana Ia Berfungsi?
- Laman Web vs Media Sosial: Mana Lebih Baik untuk Bisnes? 2026
- 10 Agensi Pemasaran Media Sosial Terbaik di Malaysia (2026)
- 10 Kelebihan Pemasaran Digital
- Agensi Pemasaran Digital vs Freelancer di Malaysia
- Pengiklanan Media Sosial vs Pemasaran Media Sosial
Ikuti Kami: Website | Facebook | Instagram | TikTok | Lemon8 | Xiaohongshu
Kongsi Artikel Ini: